Nokia Here Maps Hadir Untuk Android
Nokia Here Maps telah berada dalam tahap Beta untuk sekian lama,
namun kini ia telah dimasukkan ke Google Play Store. Ia masih berada
dalam peringkat beta, tetapi ia kini tersedia untuk dimuatturun ramai.
Transisi pengguna yang menggunakan versi beta awal aplikasi itu
sepatutnya mudah memandangkan ia hanya perlu dimuatturun dari Google
Play berlainan dari versi beta awal yang perlu dimuatnaik ke telefon
pinatr secara manual dengan kabel USB. Peta dan suara navigasi yang
dimuatturun pengguna juga akan dikekalkan dalam aplikasi baru itu.
Aplikasi Here Maps baru itu juga menyokong 18 buah negara lagi, pembetulan pepijat dan juga peningkatan prestasi. Sementara itu, versi iOS aplikasi tersebut akan dilancarkan pada tahun 2015.
Nokia Here Maps Hadir Untuk Android
Nokia teleh menyediakan aplikasi pemetaan Nokia Here Maps untuk Android untuk dimuatturun ramai di Google Play. Syarikat itu menyebut dalam pos blog bahawa terdapat lebih 1 juta pengguna telah memuatturun aplikasi tersebut dengan kebanyakannya tertumpu di US dan Jerman.Aplikasi Here Maps baru itu juga menyokong 18 buah negara lagi, pembetulan pepijat dan juga peningkatan prestasi. Sementara itu, versi iOS aplikasi tersebut akan dilancarkan pada tahun 2015.
0 komentar:
Posting Komentar