Samsung Galaxy Note 4 Dengan Snapdragon 810?
Qualcomm mengalami kontroversi minggu lepas apabila terdapatnya
laporan mengatakan pemproses Snapdragon 810 keluarannya mengalami
masalah dan mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya, memberi kesan
kepada pelancaran Samsung Galaxy S6 dan LG G4. Syarikat itu telah tampil
menafikan laporan ini, tetapi apa pun kebenarannya, ia tidak
menghentikan Samsung untuk mencuba pemproses itu pada Samsung Galaxy
Note 4.
Buat masa ini terdapat dua varian telefon pintar tersebut, satu
dengan pemproses Exynos dan satu lagi dengan pemproses Snapdragon 805.
Tidak mustahil syarikat itu ingin manambah satu lagi varian yang
menggunakan pemproses Snapdragon 810.
Galaxy Note 4 yang dilengkapi pemproses Snapdragon 810 ini sedang diuji di Korea Selatan di mana ia akan dilancarkan dalam bulan-bulan akan datang.
Ia berkemungkinan besar tidak akan dikeluarkan di mana-mana negara selain Korea Selatan kerana apabila pemproses Snapdragon 810 telah sedia untuk pengeluaran secara global, Samsung sudahpun sedia untuk melancarkan telefon pintar generasi terbarunya.
Namun memandangkan Samsung telah mengumumkan ia akan mengurangkan bilangan model yang dikeluarkannya tahun hadapan, tidak mustahil Galaxy Note 4 dengan pemproses Snapdragon 810 ini akan dikeluarkan secara global sebagai langkah memberi nafas baru kepada telefon pintar lama di samping mengekalkan bilangan model yang kecil dalam portfolionya.
Samsung Galaxy Note 4 Dengan Snapdragon 810?
Sammobile melaporkan bahawa Samsung dikatakan sedang menguji pemproses Snapdragon 810 pada telefon pintar phablet Samsung Galaxy Note 4 keluarannya.Galaxy Note 4 yang dilengkapi pemproses Snapdragon 810 ini sedang diuji di Korea Selatan di mana ia akan dilancarkan dalam bulan-bulan akan datang.
Ia berkemungkinan besar tidak akan dikeluarkan di mana-mana negara selain Korea Selatan kerana apabila pemproses Snapdragon 810 telah sedia untuk pengeluaran secara global, Samsung sudahpun sedia untuk melancarkan telefon pintar generasi terbarunya.
Namun memandangkan Samsung telah mengumumkan ia akan mengurangkan bilangan model yang dikeluarkannya tahun hadapan, tidak mustahil Galaxy Note 4 dengan pemproses Snapdragon 810 ini akan dikeluarkan secara global sebagai langkah memberi nafas baru kepada telefon pintar lama di samping mengekalkan bilangan model yang kecil dalam portfolionya.
0 komentar:
Posting Komentar