Blogroll

Kamis, 18 Desember 2014

Nilai Bitcoin Melambung Karena Microsoft

Nilai Bitcoin Melambung Karena Microsoft

Nilai Bitcoin melambung apabila Microsoft dilihat telah mula menerima Bitcoin sebagai matawang untuk membeli item secara atas talian seperti permainan Xbox dan pelbagai lagi barangan digital.
Nilai Bitcoin Melambung

Nilai Bitcoin Melambung Kerana Microsoft

Microsoft telah mula menerima Bitcoin sebagai matawang untuk membeli barangan digital Microsft seperti permainan Xbox. Perkara itu disedari komuniti Bitcoin Reddit. Walaubagaimanapun, Bitcoin tidak boleh digunakan untuk membeli barangan digital secara terus, sebaliknya digunakan untuk menambahkan kredit ke dalam akaun Microsoft seseorang pengguna yang kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan digital tersebut.
Pembelian peranti, bagaimanapun, tidak dibenarkan buat masa ini.
Melihat sebuah syarikat prominen seperti Microsoft menerima matawang kripto (crypto-currency) sangat signifikan, terutamanya memandangkan matawang tersebut dilihat tidak mempunyai masa depan yang pasti. Kesannya juga telah dirasai dimana nilai Bitcoin melambung sebanyak USD20 selepas pengumuman Microsoft itu.
Walaupun Microsoft tidaklah menyertai ekonomi Bitcoin secara terus — ia menggunakan bantuan rakan niaga untuk menukarkan nilai Bitcoin kepada USD — ia tetap mendapat pujian daripada komuniti Reddit yang melihatnya sebagai satu langkah positif terhadap populariti penggunaan matawang kripto itu.
Bulan lepas Google juga telah mengambil langkah besar ke arah penggunaan matawang tersebut dengan pengenalan mesin ATM Bitcoin di kampus Google di London. Namun seperti Microsoft, ia tidaklah secara terus menyokong sistem matawang tersebut dan juga menggunakan pengantara.
Microsoft dan Google telah mengambil langkah masing-masing ke arah matawang Bitcoin. Kini tiba giliran Amazon pula.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: media7gemilang@gmail.com

Our Team Memebers