Blogroll

Kamis, 18 Desember 2014

Applikasi Windows Phone Akan ke Windows 10

Applikasi Windows Phone Akan Ke Windows 10

Satu gambar yang dibocorkan baru-baru ini seolah-olah mengesahkan spekulasi bahawa Windows Phone Store dan Windows 10 Store akan digabungkan, membolehkan pengguna memasang aplikasi Windows Phone pada peranti Windows 10 mereka dan juga sebaliknya.
Windows Phone

Applikasi Windows Phone Akan Ke Windows 10

Satu gambar yang dibocorkan menunjukan kemungkinan Windows Phone Store dan Windows 10 Store akan digabungkan dan membolehkan pengguna memasang aplikasi kedua-dua gedung itu pada mana-mana peranti Windows 10 atau Windows Phone.
Gambar tersebut menunjukkan aplikasi HTC Make More Space, satu aplikasi utiliti yang memberi amaran kepada pengguna apabila telefon pintar mereka kekurangan ruang storan. Kemunculan aplikasi ini juga mengesahkan bahawa HTC sedang membangunkan sebuah telefon pintar Windows 10, seperti yang didedahkan dengan artikel HTC Hima tempoh hari yang dikatakan akan dilancarkan dengan Android OS dan Windows Phone OS.
windows10htcapp-580-90
Menggabungkan kedua-dua gedung tersebut merupakan satu idea yang baik, memandangkan kedua-duanya telah lama mengehadapi masalah mendapatkan pembangun untuk membangunkan aplikasi untuknya dan sekaligus gagal menandingi gedung Android dan iOS yang menawarkan jauh lebih banyak aplikasi.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: media7gemilang@gmail.com

Our Team Memebers