Spesifikasi Sony Xperia Z4 Tablet Ultra Dibocorkan
Berita mengenai Sony Xperia Z4 Tablet Ultra
tidak pernah kedengaran sehingga dua tiga hari ini. Kini terdapat
maklumat yang mengatakan spesifikasi tablet tersebut telah dibocorkan
mendedahkan sebuah tablet yang sungguh dahsyat.
Sony Xperia z3 Tablet Compact
Spesifikasi Sony Xperia Z4 Tablet Ultra Dibocorkan
Laman web Padnews dari China mendakwa mereka mempunyai senarai spesifikasi table Sony Xperia Z4 Tablet Ultra yang bakal mempersonakan sesiapa yang melihatnya. Spesifikasi yang dimaksudkan termasuk skrin LED 12.9-inci 3840 x 2400, pemproses 2.86GHz Snapdragon 810, 64GB ruang storan dan 6GB RAM!Sebagai perbandingan, iPad Air 2 mempunyai bateri 7,340mAh, tetapi itu kerana ia merupakan tablet yang lebih kecil. Tablet ini sememangnya nampak lebih hebat daripada tablet di pasaran. Diharap Sony akan menampilkannya di acara CES 2015 Januari ini.
(c)
BalasHapus