Blogroll

Kamis, 18 Desember 2014

Android 5.1 Akan Hadir Seawal Februari

Android 5.1 Akan Hadir Seawal Februari?

Android 5.0 Lolipop sedang perlahan-lahan dilancarkan kepada telefon pintar Android di pasaran, namun terdapat laporan yang mengatakan versi Android 5.1 akan hadir seawal Februari 2015.
Nexus6-Press-01-578-80

Android 5.1 Akan Hadir Seawal Februari?

Seperti yang didedahkan semalam, HTC akan melancarkan kemaskini Android 5.0 Lolipop kepada telefon pintar HTC One M7 dan M8 keluarannya. Namun laporan terbaru mengatakan sebulan selepas itu, Google akan melancarkan pula versi Android 5.1.
AndroidPIT mendakwa menerima maklumat dari dua sumber berlainan yang mengesahkan Google sedang menyediakan Android 5.1 untuk pelancaran yang dikatakan akan dibuat menjelang penghujung bulan Februari depan.
Tetapi dengan Android 5.0 belum dilancarkan pada kebanyakan peranti di pasaran, agak pelik jika Google melancarkan kemaskini sebegitu besar, sebegitu awal. Namun, sepertimana Android 4.1, 4.2 dan 4.3 menggunakan nama Jelly Bean, Android 5.1 dijangka mengekalkan juga nama Lolipop.
Tetapi, apa yang menarik mengenai berita ini ialah ia menyertakan senarai log penambahbaikan yang disenaraikan di bawah :
  • Silent mode added after missing on Android 5.0 (mod senyap yang tiada pada Android 5.0)
  • General improvements in system stability (Penambahbaikan umum pada kestabilan sistem)
  • Improved RAM management (Pengurusan RAM yang lebih baik)
  • Fixes for sudden app closures (pembaikan untuk aplikasi yang tutup secara tiba-tiba)
  • Improved battery management (Pengurusan bateri dipertingkat)
  • Excessive consumption of network devices when used Wi-Fi fixed (Penggunaan berlebihan peranti rangkaian apabila WiFi digunakan telah dibaiki)
  • Issues with wireless connections fixed (isu dengan sambungan tanpawayar diperbaiki)
  • Problems with Okay Google function solved (Masalah dengan fungsi “Okay Google” diselesaikan)
  • Notifications problems solved (masalah notifikasi diselesaikan)
  • Some sound problems experience by certain devices fixed (Masalah bunyi pada sesetengah peranti diperbaiki)
  • Other improvements and changes (penambahbaikan dan perubahan lain)
Jika senarai ini benar, tidak hairanlah Google menjadikan kemaskini ini satu kemaskini besar.

0 komentar:

Posting Komentar

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: media7gemilang@gmail.com

Our Team Memebers