Tiada Windows Phone Microsoft Utama Baru Sebelum September 2015
Lumia 930 dan Lumia 1520 telah lama dilancarkan dan rasanya, telah
tiba masanya Microsoft melancarkan telefon pintar utamanya bagi
menggantikan kedua-duanya. Tetapi khabarnya tiada Windows Phone
Microsoft utama baru akan dilancarkan syarikat tersebut sebelum
September 2015.
Namun selepas acara tersebut pun, Microsoft tidak dijangka melancarkan sebarang telefon pintar berspesifikasi tinggi dalam masa terdekat dan jika syarikat itu kekal pada jadual pelancaran perantinya, tiada peranti baru akan dilancarkan sehingga pertengahan/lewat tahun hadapan.
Tetapi ada penjelasan munasabah mengapa syaikat tersebut membuat
perancangan sedemikian. Tidak dapat dinafikan, telefon pintar berkos
rendah dan sederhana boleh dijual dalam kuantiti yang lebih besar
sekaligus memberi impak lebih besar kepada kewangan syarikat itu.
Tambahan pula, dengan pengenalan Windows 10 Januari depan dan pelancarannya lewat tahun depan, Microsoft mungkin mahu menunggu sehingga pelancaran OS tersebut sebelum mempelihatkan kebolehan maksimum telefon pintar berspesifikasi tinggi keluarannya.
Tetapi keburukannya ialah, dengan tidak melancarkan sebarang telefon pintar utama berspesifikasi tinggi, ia bermakna syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang produk untuk menandingi Samsung Galaxy S6 atau HTC Hima yang dikhabarkan baru-baru ini.
Tetapi, samada benar atau tidak berita ini dan Microsoft tidak melancarkan sebarang telefon pintar utama berspesifikasi tinggi, kekosongan itu dijangka akan diisi oleh HTC yang dikatakan akan melancarkan versi Android dan Windows Phone bagi telefon pintar utama akan datang yang dikeluarkannya.
Apa pun kisahnya, kita tunggu dan lihat bagaimana semuanya berlangsung.
Tiada Windows Phone Microsoft Utama Baru Sebelum September 2015
Menurut laman Geek On Gadgets, Microsoft tidak akan mempamerkan sebarang telefon pintar Windows Phone Microsoft utama di acara MWC 2015, sebaliknya lebih memfokuskan kepada telefon pintar berspesifikasi sederhana dan rendah dengan pengenalan telefon pintar Lumia 6XX dan sebuah telefon pintar Lumia 3XX atau 4XX baru.Namun selepas acara tersebut pun, Microsoft tidak dijangka melancarkan sebarang telefon pintar berspesifikasi tinggi dalam masa terdekat dan jika syarikat itu kekal pada jadual pelancaran perantinya, tiada peranti baru akan dilancarkan sehingga pertengahan/lewat tahun hadapan.
Tambahan pula, dengan pengenalan Windows 10 Januari depan dan pelancarannya lewat tahun depan, Microsoft mungkin mahu menunggu sehingga pelancaran OS tersebut sebelum mempelihatkan kebolehan maksimum telefon pintar berspesifikasi tinggi keluarannya.
Tetapi keburukannya ialah, dengan tidak melancarkan sebarang telefon pintar utama berspesifikasi tinggi, ia bermakna syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang produk untuk menandingi Samsung Galaxy S6 atau HTC Hima yang dikhabarkan baru-baru ini.
Tetapi, samada benar atau tidak berita ini dan Microsoft tidak melancarkan sebarang telefon pintar utama berspesifikasi tinggi, kekosongan itu dijangka akan diisi oleh HTC yang dikatakan akan melancarkan versi Android dan Windows Phone bagi telefon pintar utama akan datang yang dikeluarkannya.
Apa pun kisahnya, kita tunggu dan lihat bagaimana semuanya berlangsung.
0 komentar:
Posting Komentar