Snapdragon 810 Bakal Menggegar 2015
Minggu lepas, Qualcomm telah mengadakan sesi bersama pihak media din
New York bagi menunjukkan kebolehan System on Chip (SoC) terbaru
keluarannya, Snapdragon 810.
Bagi menyelesaikan masalah utama dengan format 4K, iaitu menyimpan failnya yang besar, pemproses ini akan menggunapakai codec H.265 yang akan memampatkan fail 4K ke satu saiz yang jauh lebih kecil.
Walaupun peranti berkeupayaan 4K seperti LG G3, Motorola Droid Turbo dan Nexus 6 telahpun berada dipasaran sejak sekian lama, format 4K masih belum menjadi sesuatu yang dicari-cari pengguna. Tetapi Qualcomm merancang untuk mengubahnya dan menjadikan format 4K sepopular 1080p.
Untuk tujuan itu, Qualcomm telah membangunkan sebuah dongle HDMI yang membolehkan pengguna telefon pintar masa hadapan menstrim kandungan 4K yang telah dirakam pada telefon pintar mereka ke TV pada kadar kelajuan WiFi 802.11ad (4-6Gbps).
Walaupun ini kedengaran seperti suatu yang hebat, namun dengan TV 4K dan WiFi 802.11ac pun belum menjadi kebiasaan dek harganya yang mahal. Jadi sejauh manakah format berkenaan dapat menguasai pengguna dalam tahun 2015 sedangkan ramai masih berpuas hati dengan format 1080p dan WiFi 802.11a/b/g?
Ia juga membenarkan 3x zoom optikal berterusan untuk foto pegun dan 5x zoom optikal berterusan untuk video, sebelum bertukar kepada zoom digital. Matlamatnya adalah untuk membolehkan gambar berkualti DSLR diambil dari peranti yang sekecil telefon pintar.
Bagi memanafaatkan sepenuhnya videografi dengan telefon pintar, peranti rujukan yang dipamerkan dilengkapi dengan 3 mikrofon dan kebolehan merakam bunyi 3D yang dikuasakan oleh Fluence Pro. Pengguna boleh juga memilih dari arah mana rakaman bunyi ingin dibuat. Jika ingin merakam bunyi di bahagian kanan, ia boleh diset dalam masa nyata dan juga sebaliknya jika bunyi yang hendak dirakam berada di sebelah kiri peranti.
Harapannya adalah untuk menarik minat pembangun membangunkan permainan berkualiti konsol yang boleh diskalakan bagi menyasarkan pasaran yang penuh dengan pemain kasual yang secara ringkasnya boleh diterjemahkan kepada pendapatan yang mudah diperolehi.
Dinyatakan bahawa para pembangun dan pengeluar peranti telah mendapat peluang mencuba pemproses ini untuk satu jangkamasa yang agak lama dan sedang bekerja keras untuk menintegrasikan Snapdragon 810 kedalam peranti masa hadapan. Jadi kita hanya menunggu masa sahaja untuk melihat peranti dilengkapi pemproses tersebut.
Snapdragon 810 Bakal Menggegar 2015
Dalam acara bersama pihak media, Qualcomm telah menyediakan beberapa peranti rujukan yang setiap satunya mempamerkan kebolehan tertentu yang dipertingkatkan hasil penggunaan Snapdragon 810. Pemproses ini akan dilancarkan pada telefon pintar menjelang pertengahan tahun hadapan.Video 4K
Qualcomm memberi fokus yang banyak kepada memberi kebolehan pengendalikan video 4K secara native di tangan pengguna. Ini termasuk merakam, mengedit dan memain semula format video tersebut.Bagi menyelesaikan masalah utama dengan format 4K, iaitu menyimpan failnya yang besar, pemproses ini akan menggunapakai codec H.265 yang akan memampatkan fail 4K ke satu saiz yang jauh lebih kecil.
Walaupun peranti berkeupayaan 4K seperti LG G3, Motorola Droid Turbo dan Nexus 6 telahpun berada dipasaran sejak sekian lama, format 4K masih belum menjadi sesuatu yang dicari-cari pengguna. Tetapi Qualcomm merancang untuk mengubahnya dan menjadikan format 4K sepopular 1080p.
Untuk tujuan itu, Qualcomm telah membangunkan sebuah dongle HDMI yang membolehkan pengguna telefon pintar masa hadapan menstrim kandungan 4K yang telah dirakam pada telefon pintar mereka ke TV pada kadar kelajuan WiFi 802.11ad (4-6Gbps).
Walaupun ini kedengaran seperti suatu yang hebat, namun dengan TV 4K dan WiFi 802.11ac pun belum menjadi kebiasaan dek harganya yang mahal. Jadi sejauh manakah format berkenaan dapat menguasai pengguna dalam tahun 2015 sedangkan ramai masih berpuas hati dengan format 1080p dan WiFi 802.11a/b/g?
Kesan Bunyi
Bagi menghidupkan filem-filem 4K, pemproses ini akan mengeluarkan audio dalam format Dolby Atmos, iaitu format bunyi keliling yang menjadi standard dalam panggung wayang masa kini. Ini bukan sahaja dapat mememberikan bunyi keliling seakan 5.1 surround, malah bunyi dari atas dan bawah juga dapat dirasai.Kamera
Snapdragon 810 juga bakal mempertingkatkan kualiti kamera dengan sokongan teknologi kamera berkembar Corephotonics, yang mengambil dua versi gambar bagi setiap bingkai gambar dan menggabungkan kualiti terbaik daripada kedua gambar tersebut menjadi satu gambar yang lebih baik.Ia juga membenarkan 3x zoom optikal berterusan untuk foto pegun dan 5x zoom optikal berterusan untuk video, sebelum bertukar kepada zoom digital. Matlamatnya adalah untuk membolehkan gambar berkualti DSLR diambil dari peranti yang sekecil telefon pintar.
Bagi memanafaatkan sepenuhnya videografi dengan telefon pintar, peranti rujukan yang dipamerkan dilengkapi dengan 3 mikrofon dan kebolehan merakam bunyi 3D yang dikuasakan oleh Fluence Pro. Pengguna boleh juga memilih dari arah mana rakaman bunyi ingin dibuat. Jika ingin merakam bunyi di bahagian kanan, ia boleh diset dalam masa nyata dan juga sebaliknya jika bunyi yang hendak dirakam berada di sebelah kiri peranti.
Gaming
Dengan meningkatan pemproses dari 32bit kepada 64bit dan GPU Adreno 430 baru padanya, pengguna boleh mengharapkan peningkatan prestasi gaming sebanyak 30% sementara penggunaan tenaga dikurangkan sebanyak 20%. Unreal Engine juga dijalankan dengan kelebihan yang nyata dengan penambahan fungsi visual DoF (depth of field) di mana objek yang dalam fokus akan kelihatan jelas dan objek yang bukan dalam fokus kelihatan kabur.Harapannya adalah untuk menarik minat pembangun membangunkan permainan berkualiti konsol yang boleh diskalakan bagi menyasarkan pasaran yang penuh dengan pemain kasual yang secara ringkasnya boleh diterjemahkan kepada pendapatan yang mudah diperolehi.
Dinyatakan bahawa para pembangun dan pengeluar peranti telah mendapat peluang mencuba pemproses ini untuk satu jangkamasa yang agak lama dan sedang bekerja keras untuk menintegrasikan Snapdragon 810 kedalam peranti masa hadapan. Jadi kita hanya menunggu masa sahaja untuk melihat peranti dilengkapi pemproses tersebut.
0 komentar:
Posting Komentar